14 July 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu 2011









kategori 2. Bersalin secara caesarean


Tarikh Lahir Anak :18 disember 2010




saya bersalinkan humaira pada minggu ke-37.masalah ovarian cyst yang semakin membesar dan kononnyer untuk mengelakkan bersalin secara c-zer jadi doktor cadangkan saya di induce. TAPI menahan sakit 4 hari 3 malam huhuhu.detik pertama penyusuan dalam ot room..alhamdullilah hosp.tuanku jaafar seremban(htjs) adalah hospital rakan bayi.Tanpa di diberitahu,humaira di sua hisapan perkenalan selepas siap-siap di bersihkan...saya bersalin subuh , siang saya tidur di sebabkan mamai bius ade lagi..rasanya kalau tiada sokongan dan dorongan keluarga serta suami, memang akan gagal .bukan senang mahu menyusu dalam keadaan perut sakit selepas ditoreh..berdenyut-berdenyut...katil bergegar sikit pun mengaduh sakit...suami pegang nak picit pun kena marah..memang sangat sakit.siapa  cakap bersalin czer itu tak sakit.saya di belah secara menegak(biasenyer bagi yang tidak ade masalah doktor akan belah secara melintang) memang keadaan lagi susah.nak angkat badan memang tak boleh. takut luka pembedahan terbuka(rasanya ini cuma mainan perasaan).sokongan dari keluarga memang amat-amat di perlukan.kalau tiada sokongan memang saya tak yakin saya mampu menyusukan humaira.



humaira sebulan..

masalah @ cabaran bila humaira di sahkan G6PD dificiency.humaira terpaksa di tahan di wad SCN selama 5 hari @lebih.masa ni betul-betul emosi dan kesabaran teruji..stress yang amat sebab rindukan humaira, stress bila fikirkan humaira di beri susu formula,stress dengar bunyi baby lain menangis saya menangis sama. sedih teringatkan  masa nurse ambil humaira untuk di hantar ke wad SCN. humaira sedang asyik menikmati titisan kolustrum.bila di tarik je dari cik "b" saya ,terus humaira menangis dan menangis sehingga ke pintu wad.bayangkan sepanjang hari saye terdengar-dengar suara humaira menangis.


buah dada saye membengkak,cuba-cuba pam susu menggunakan spectra3 yang dipinjam dari kaklong,susu tak mahu keluar.nak berjalan pergi menyusukan humaira saya memang tak kuat lagi.tambah merungsingkan lagi doktor sahkan humaira  jaundis.saya tahu cara nak hilangkan jaundis anak perlu menyusu sekerap mungkin.saya bertambah stress sebab saya cuma direct bf anak sekali sehari. saya memang tak berdaya nak ulang alik wad bersalin di tingkat 1 ke wad SCN di tingkat 6.kaklong saya kebetulan masih menyusukan anak ,menawarkan diri menjadi ibu susuan humaira.alhamdullilah sebab saya memang tak nak humaira minum susu formula..selepas di beri kebenaran pulang ke rumah baru saya berjaya memerah susu untuk anak.(puas merayu dengan doctor nak balik rumah,doktor masih nak tahan saya di wad sebab saya ade darah tinggi ye!)

semasa meyusu humaira saya gunakan cara football hold dan cradle hold..dan setiap kali menyusu saya mesti meminta pertolongan dari kaklong , emak dan suami untuk membantu mengangkat humaira supaya mudah di susukan.tekanan yang berat boleh menyebabkan kesakitan pada luka pembedahan.dan selepas 2 minggu bersalin baru saya mampu menyusu secara lying downsehingga ke hari ini humaira masih menyusu dengan susu saya sendiri.tapi skang saya bermadu dengan solid food sebab humaira dah lebih 6 bulan!!!



sumber 


pada pendapat saya yang paling penting adalah sokongan dari keluarga dan suami untuk menjayakan penyusuan bagi yang bersalin secara pembedahan.walaupun saya berazam sejak awal kehamilan untuk menyusukan anak dengan susu badan .tapi tanpa bantuan dari kaklong,emak serta suami memang saya dah sumbat humaira dengan susu formula.sakit di balas nikmat menyusukan sendiri humaira....memang terasa kuat 'hubungan' tuh..bagi mommies yang berkerjaya,pergi kerja selepas subuh,balik matahari dah tenggelam , dengan cara ni lah dapat mendekatkan lagi hubungan dengan anak...kuatkan semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu!!!

terangkat-angkat kaki humaira ..sedap sangat minum susu



6 comments:

hunny ida said...

1st time baca ttg czer menegak..like me czer melintang dh 2x..so ida dapat rasakan apa yang u lalui..sedihkan bila org cakap czer x sakit..hanya kita yg rasa..tapi ida berjaya buktikan boleh BF hingga kini even czer...all d best yea

lynanigina said...

salam ida.

mmg sedih kalo org simply ckp czer tu xsakit..saye sakit kontraksi smua..tp laluan buka stakat 4cm je...orang tak rase tak tahu kan,,tahniah dpt bf baby gak.

Unknown said...

salam kenalan..akak Hasira dr Semenyih...terbaca blog ni masa tgh cari info baby g6pd..jemput join page kat sini utk sembang@kongsi maslaah anak2 G6PD...thanks again!!!

Unknown said...

sori terlupa letak link...http://www.facebook.com/pages/Prihatin-Nasib-Anak2-G6PD/256469964366841

lynanigina said...

ok kak dah like..jom kite kongsi2 info n knowledge

hunny ida said...

like me dh buka 10cm 1st baby..pun x lepas..yg 2nd nie dh buka 6cm tapi dr xmo ambik risiko so czer gak...kita berjuang sama2 yea..even ida hanya DF je skang..selamat berposa..