Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

29 May 2014

bidadari hati



anak-anak penyejuk hati.rasa tak nak missed walau sesaat moment anak-anak membesar .


kakak, an'nur humaira,umur 3tahun 5bulan.
mulut petah.kuat merajuk,kuat menggombeng.
mudah sentap,tak boleh cakap kasar-kasar.
nakal,dan selalu di luar kawalan kalau pegi pasaraya!



adik,ainnur zulaikha,9 bulan.
manja tak boleh hilang mama.
mama kena baring ,adik akan explore satu rumah.
nampak mama pakai tudung dah tak tentu arah.
menjerit kalo mama @ kakak tinggalkan dia.
suka tersenyum bila amik gambar.
takut dengan orang yang tak di kenali.






26 August 2011

selamat hari raya



humaira n mama dah tak sabar nak balik kg jumpe nekwan..to papa sabar ye,tahun ni fully raye kg mama..tahun depan turn papa..

29 July 2011

***********

bile aku tengok humaira,aku slalu mintak pada allah jangan jadikan nasib humaira macam nasib aku.aku tak rase kasih sayang sebenar seorang abah.kadang-kadang aku tak ingat macam mana rase kasih dia.aku tak ingat suare dia.aku tak ingat cara dia makan.aku tak ingat senyuman dia.yang aku ingat mama ade seorang abah yang sakit,yang tak berdaya,yang lupe siapa aku,yang cuma mampu melihat aku tanpa memeluk aku.

pedih,sedih kalau di ingat betapa aku rase rendah diri dengan kawan kawan aku,aku rase malu status aku anak yatim..tapi semua tu tak pernah aku zahirkan di depan emak,di depan kakak dan adik.
menangis sendiri mengenangkan betapa aku rindu pada abah.semoga allah panjangkan umur suamiku,panjangkan umurku supaya humaira dan bakal anakku tak merasakan semua itu.

mama,humaira tak boleh tahan la

semalam chat ngn kaklong merangkap mummy humaira..dia cakap masa dia menyusu kan sarah (kaklong my sifu dlm bf ) humaira menjerit-jerit..sambil menjerit mulut ternganga..humaira gian nak menggombeng..sian anak mama,tapi mama dah pesan ngn mummy jgn ajar humaira gombeng..kecuali dalam keadaan terdesak..makin kurus la mummy kalo humaira tanderm ngn sarah..sarah dengan humaira ni sepupu merangkap adik beradik susuan..sebab masa humaira jaundis dulu tinggal bawah lampu dalam wad scn,mama tak larat nak ulang alik susukan humaira..nasib baik mummy offer nak susukan humaira...

ape la mama ni,humaira dah tak tahan nak gombeng la.

lena diulit mimpi...shedap nyer la susu mama.

27 July 2011

Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan



klik banner

tarikh tutup penyertaan adalah 27.07.2011 



mama, humaira pose yer!!

NAMA ANAK : an'nur humaira
UMUR ANAK :7 month
NAMA IBU : nor haslina




saya tag:
ibu madhiha
mummy amir

tempat feveret

rumah yang saya sewa ni rumah double storey.siap ade divider plak tengah umah..memang tak secure la kalau ade anak kecik..nak-nak pulak yang dalam frasa meluncur nak merangkak..tengok la aksi humaira..habis lantai di isapnyer...kalau saya buat keja kat dapur memang tak senang hati.riso dia berdiri.sebab dia dah boleh berdiri sendiri.kalo tak jatuh takpe,ni kalo terlungkup ke belakang tak ke bahaya..mak slalu pesan,nyawa anak ni memang kat tangan kita(ok allah punyer kuase yer).cuai sikit pon macam-macam boleh jadi

kalo mama ilang sinilah tempat humaira tuju..dia tau mama kat dapur

cubaan untuk berdiri..muke happy sebab mama depan mata

ok berjaya berdiri..pas ni pelan-pelan humaira  panjat tebing ni.
boleh tolong mama masak kat dapur

budak kecik ni mana boleh hilang mama.
mesti tak senang hati.papa pon humaira tak layan

26 July 2011

takde pun takpe

mama rase kan humaira,kalo mama tak beli stroller pon takpe.humaira lagi suka kena dukung...
nasib mama beli yang cheap2 aje.kekeke



rase slim la mase ni..skang ni dah berlipat

25 July 2011

kalo masok gear tp tak tekan minyak camne nak jalan



montek ni dah 2 minggu eksen angkat badan..tp tak jalan2 jugak..asik masuk gear je sayang..bila nak tekan minyak....geram betul mama tengok muka budak nakal ni

21 July 2011

sayu mendayu tangisan

jumaat last week,papa kena ot.so bila pap ot,humaira pon ot kat umah mummy...sbb hantar dan amik humaira papa punye duty..hehehee..biase kul 6 pm humaira dah sampai umah.10 jam tak jumpe mama mesti mintak upah kan.

tapi jumaat tu humaira dan papa sampai kul 7.40 malam..lewat 1 jam 40 min.mummy slalu bgtau humaira kalo dah kul 6 tu mesti dah tolak2 ebm dalam botol.kalo tido pon dengar suare papa ke bunyi moto papa ke mesti terjaga sendiri...punye la rindu nak gombeng.

so balik pada citer,papa sampai je umah buka je pintu keta ,dari dalam umah mama denga suae budak kecik menangis..mendayu-dayu...aduhai sedih betul hati mama.mama tahu humaira dah terlalu gian nak gombeng.
mama amik je humaira takde senyum main-main cam slalu terus humaira tangkap 'betik emas' mama.sampai ke pagi esok humaira tido tak bangun...

papa cakap humaira nangis lama.dah la jammed sikit,sian jugak kat papa.mesti rase stress kan.masa humaira tido mama tengok airmata humaira ade lagi dekat pipi...aduh sian nyer anak mama ni.


Add caption

20 July 2011

1st solid foof humaira

humaira: dah sebulan basi citer ni mama....humaira dah 7 bulan..dah besa la.

mama:tak pe.mama nak citer jugak.

sehari selepas birthmonth humaira(belasah je la)yang ke 6bulan papa excited tanye mama.humaira dah boleh makan kan?..yup,mama cakap humaira dah boleh makan...mama pon cepat-cepat rebus beras.sebenarnye mama pon ecxited jugak....in the making bubur humaira,papa ulang alik dari hall ke dapor...intai-intai bubur dah masak ke...humaira pon terjerit-jerit tak sabar...pecah je beras trus mama blender dan tapis kasi cair..mummy humaira pesan,mula2 ni kasi cair macam air..takut perut humaira terkejut.papa komplen cair sangat bubur tu...mama campur plak fresh breastmilk mama..bertambah cair la...mama bagitau papa,nak humaira sembelit ke nak bubur pekat????


belasah je ape mangkuk ape cawan ape sudu..


mama dah pegang2 dah baby feeding bowl cup n spoon kat manjaku..tapi mama tak beli rupenye..
guna mangkuk kaca baru dewasa kan mama

shedap betul mama..sampai sudu ni pon humaira nak gigit
dah lama air liur humaira melelh nak makan,sakit-sakit bibir humaira sebab ketap-ketap..hari ni baru mama kasi makan.


cubit nak!tengok2 humaira cekci ni

papa yang suapkan.mama pegang humaira...kita bersederhana je la sayang...kusi2 tinggi tu takde pon takpe..humaira sonok beriba ngn mama..




petua mandikan baby

masa mandikan baby mesti riso kalo air masuk dalam telinga baby..so petua dari mak,masa jiruskan air ke kepala baby,tutup lubang telinga dengan jari ibu/atok/wan/nekwan yg mandikan baby.


selamat mencuba


masa ni humaira 5 bulan.da boleh bersandar macam orang kaya

posisi tido bayi

2 malam lepas mama tidokan humaira di tepi sebelah kiri.automatik humaira mengiring ke kanan mengadap mama..rase tak selesa mama alihkan humaira di tengah antara mama dan papa.so humaira berada di sebelah kanan mama.dengan tak di sangka humaira alihkan badan mengiring ke kiri mengadap mama...

mama bagitau papa,papa cakap itulah kuasa ibu.dalam tido pon humaira masih boleh 'nampak' mama kan..
mama nak test humaira,so mama tukar semula posisi mula2 tadi,humaira di kiri mama...terkedu mama,humaira mengiring ke kanan mengadap mama..

baby,mama love humaira sangat-sangat.

humaira 4 bulan

14 July 2011

mana mama?

humaira skang pantang hilang mama..mesti menjerit..papa ade depan pon jerit nak mama jugak..
bila dapat mama dia punye gelak "dahaga tu yang mama paling suka.kalo tgk mama kaco gulai kat dapor tersengih-sengih..macam la mama masak tuk humaira,,,

melting macam amam makan cadbury 






Peraduan Dunia Susu Ibu 2011









kategori 2. Bersalin secara caesarean


Tarikh Lahir Anak :18 disember 2010




saya bersalinkan humaira pada minggu ke-37.masalah ovarian cyst yang semakin membesar dan kononnyer untuk mengelakkan bersalin secara c-zer jadi doktor cadangkan saya di induce. TAPI menahan sakit 4 hari 3 malam huhuhu.detik pertama penyusuan dalam ot room..alhamdullilah hosp.tuanku jaafar seremban(htjs) adalah hospital rakan bayi.Tanpa di diberitahu,humaira di sua hisapan perkenalan selepas siap-siap di bersihkan...saya bersalin subuh , siang saya tidur di sebabkan mamai bius ade lagi..rasanya kalau tiada sokongan dan dorongan keluarga serta suami, memang akan gagal .bukan senang mahu menyusu dalam keadaan perut sakit selepas ditoreh..berdenyut-berdenyut...katil bergegar sikit pun mengaduh sakit...suami pegang nak picit pun kena marah..memang sangat sakit.siapa  cakap bersalin czer itu tak sakit.saya di belah secara menegak(biasenyer bagi yang tidak ade masalah doktor akan belah secara melintang) memang keadaan lagi susah.nak angkat badan memang tak boleh. takut luka pembedahan terbuka(rasanya ini cuma mainan perasaan).sokongan dari keluarga memang amat-amat di perlukan.kalau tiada sokongan memang saya tak yakin saya mampu menyusukan humaira.



humaira sebulan..

masalah @ cabaran bila humaira di sahkan G6PD dificiency.humaira terpaksa di tahan di wad SCN selama 5 hari @lebih.masa ni betul-betul emosi dan kesabaran teruji..stress yang amat sebab rindukan humaira, stress bila fikirkan humaira di beri susu formula,stress dengar bunyi baby lain menangis saya menangis sama. sedih teringatkan  masa nurse ambil humaira untuk di hantar ke wad SCN. humaira sedang asyik menikmati titisan kolustrum.bila di tarik je dari cik "b" saya ,terus humaira menangis dan menangis sehingga ke pintu wad.bayangkan sepanjang hari saye terdengar-dengar suara humaira menangis.


buah dada saye membengkak,cuba-cuba pam susu menggunakan spectra3 yang dipinjam dari kaklong,susu tak mahu keluar.nak berjalan pergi menyusukan humaira saya memang tak kuat lagi.tambah merungsingkan lagi doktor sahkan humaira  jaundis.saya tahu cara nak hilangkan jaundis anak perlu menyusu sekerap mungkin.saya bertambah stress sebab saya cuma direct bf anak sekali sehari. saya memang tak berdaya nak ulang alik wad bersalin di tingkat 1 ke wad SCN di tingkat 6.kaklong saya kebetulan masih menyusukan anak ,menawarkan diri menjadi ibu susuan humaira.alhamdullilah sebab saya memang tak nak humaira minum susu formula..selepas di beri kebenaran pulang ke rumah baru saya berjaya memerah susu untuk anak.(puas merayu dengan doctor nak balik rumah,doktor masih nak tahan saya di wad sebab saya ade darah tinggi ye!)

semasa meyusu humaira saya gunakan cara football hold dan cradle hold..dan setiap kali menyusu saya mesti meminta pertolongan dari kaklong , emak dan suami untuk membantu mengangkat humaira supaya mudah di susukan.tekanan yang berat boleh menyebabkan kesakitan pada luka pembedahan.dan selepas 2 minggu bersalin baru saya mampu menyusu secara lying down . sehingga ke hari ini humaira masih menyusu dengan susu saya sendiri.tapi skang saya bermadu dengan solid food sebab humaira dah lebih 6 bulan!!!



sumber 


pada pendapat saya yang paling penting adalah sokongan dari keluarga dan suami untuk menjayakan penyusuan bagi yang bersalin secara pembedahan.walaupun saya berazam sejak awal kehamilan untuk menyusukan anak dengan susu badan .tapi tanpa bantuan dari kaklong,emak serta suami memang saya dah sumbat humaira dengan susu formula.sakit di balas nikmat menyusukan sendiri humaira....memang terasa kuat 'hubungan' tuh..bagi mommies yang berkerjaya,pergi kerja selepas subuh,balik matahari dah tenggelam , dengan cara ni lah dapat mendekatkan lagi hubungan dengan anak...kuatkan semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu!!!

terangkat-angkat kaki humaira ..sedap sangat minum susu



08 July 2011

[Moment with Cloth Diapers Contest]





Syarat-syarat penyertaan:

#1- Terbuka kepada semua mommies yang pakaikan baby dengan Cloth Diapers.
#2-Terlebih dahulu sila follow blog DnazzShoppe dan InDnazzShoes.
#3-Buat satu entry bertajuk "Moment with Cloth Diapers Contest".
#4- Copy gambar banner contest di atas & pastekan di dalam entry anda.
#5-Letakkan sekeping gambar baby anda berCD dan bagi sedikit info tentang baby anda seperti nama & umur baby (tiada had untuk umur baby asalkan masih berCD :p )
#6- Tag sesiapa sahaja rakan blogger anda berCd seperti anda.
#7-Sila tinggalkan url entry anda di ruangan komen.

Tarikh tutup penyertaan: 31 July 2011 jam 12.00 tengah malam

Hadiah-hadiahnya ialah:

Tempat pertama- CD dari DnazzShoppe
Tempat ke2-CD dari DnazzShoppe
Tempat ke 3-Juga Cd dari DnazzShoppe


comel tak cd carrot humaira..masa ni humaira kat wetworld...mama buangkan insert tinggalkan cd je...lagi cantik swimsuit humaira kan....humaira love sangat cd carrot ni sebab humaira suka makan carrot.pastu mama cakap pakai cd ni dapat selamatkan bumi kita dari pencemaran sampah..yeaay!!kecik-kecik lagi humaira dah jadi superhero opss heroin....

nama baby: an'nur humaira muhammad amin
umur baby : 6 month


tagg to kaklong







24 June 2011

wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest

***sticky post..n3 baru scroll down







ini first GA yg mama nak join..ala cube-cube nasib.dapat saguhati pon ok..sakit dada mama masa ni,cari-cari humaira takde kat ruang tamu..tgk gril kunci,selak punye selak rupenya ada kat balik langsir sliding.ooo..rupenya nak main nyorok-nyorok anak mama ni....mam sakit dada,humaira tergelak riang...sabo je la anak.sesape nak join contest ni cepat klik banner kat atas tu..tarikh tutup 24/6/11


Nama Baby : an'nur humaira bt muhammad amin
Tarikh Lahir : 18 dis 2010
Tahun gambar diambil : 2011
Nama Ibu : nor haslina bt muhamad noor

mummycare liza @ http://juallampinmoden.blogspot.com

ok.saye jual cloth diape(CD)..eh kaklong saye yang jual sy tumpang2 jual...stat dari preggy memang niat nak fully cd sbb utama penjimatan, no chemical dan save environment..beli ngn kaklong skit2 sampai la aku bersalin...skang koleksi aku 30 tambah tolak yg dah kecik..cd yang plg mahal stakat ni yang aku ade brand bamboolite ai2.

serius aku tak payah pikir pasal nak beli dd lg.kepala senang tak sakit..pakai cd ni ibarat kt pakai kan baju baby hari.mesti basuhkan..tp di sebabkan dah ade banyak stok n mencukupi utk rolling saya basuh cd ni setiap 2/3 hari sekali...jimat letrik,jimat sabun,jimat air sebab xperlu basuh hari(itu kalo stok dah banyak)..aku suka pakaikan cd sebab aku tak payah pikir nak pakaikan anak aku seluar/sentot..sebab cd2 tu dah cantik berkaler-kaler.pendek kata sesapa mau cd tapi rase cd tu mahal jom join kutu dengan saye....@ kaklong saye add mummycare liza di facebook..dan sebarang pertanyaan akan di jawab pantas..tapi pm/sms la

humaira 5bulan mandimanda di wetworld shahalam..cd carrot tanpa insert......comelkan






bukan senang jadi isteri mithali

masih banyak yang perlu di perbaiki....salah satu mengkondem suami....sory cik abe,i slalu kutuk2 you depan mak you,adik bradik bukan ape kekadang niat nak bergarau tapi boleh jadi makan hati kan...

ape pon tima kasih sebab tolong jemur baju,angkat baju,basuh baju,jaga anak,basuh pinggan,tebas rumput,masak megi,buat air,mandi anak,masak nasi,kemas meja,. bla..bla..bla...banyak lagi..tapikan lagi indah kalo balik je keje you terus buka beg pam pastu amik susu yang i perah kat opis...i rase cam satu penghargaan kalo you buat macam tu....ops..terkondem lagi

kalo p jenjalan pon mesti you yang dukung..tq




papa dan mama

betul kata orang,anak tu pelengkap sesebuah rumah tangga...anak itu penyeri keluarga..alhamdullillah kehadiran humaira melengkapkan hidup papa dan mama..biarpon banyak dugaan mengandung dan melahirkan humaira tapi mama puas.semoga humaira menjadi anak solehah,bijak,pandai,hormat orgtua,ingat allah.


hamtar mak tok,tokayah humaira kat klia..




23 June 2011

tuk...luruh jantung seketika

mama rase nak pitam tgk humaira tak de kat ruang tamu..panggil humaira takde bunyi suara,pintu terbuka tapi gril kunci..

eh humaira main sorok-sorok balik langsir sliding.naughty ye !!!

golek golek sampai ke sliding door..


usaha melepaskan diri..sbb dengar suare mama

mama,humaira saje je..nak kasi mama panik...




not: mama bagitau nekwan humaira main nyorok2...nekwan tak boleh tido malam tu riso humaira lemas bawah langsir