20 July 2011

1st solid foof humaira

humaira: dah sebulan basi citer ni mama....humaira dah 7 bulan..dah besa la.

mama:tak pe.mama nak citer jugak.

sehari selepas birthmonth humaira(belasah je la)yang ke 6bulan papa excited tanye mama.humaira dah boleh makan kan?..yup,mama cakap humaira dah boleh makan...mama pon cepat-cepat rebus beras.sebenarnye mama pon ecxited jugak....in the making bubur humaira,papa ulang alik dari hall ke dapor...intai-intai bubur dah masak ke...humaira pon terjerit-jerit tak sabar...pecah je beras trus mama blender dan tapis kasi cair..mummy humaira pesan,mula2 ni kasi cair macam air..takut perut humaira terkejut.papa komplen cair sangat bubur tu...mama campur plak fresh breastmilk mama..bertambah cair la...mama bagitau papa,nak humaira sembelit ke nak bubur pekat????


belasah je ape mangkuk ape cawan ape sudu..


mama dah pegang2 dah baby feeding bowl cup n spoon kat manjaku..tapi mama tak beli rupenye..
guna mangkuk kaca baru dewasa kan mama

shedap betul mama..sampai sudu ni pon humaira nak gigit
dah lama air liur humaira melelh nak makan,sakit-sakit bibir humaira sebab ketap-ketap..hari ni baru mama kasi makan.


cubit nak!tengok2 humaira cekci ni

papa yang suapkan.mama pegang humaira...kita bersederhana je la sayang...kusi2 tinggi tu takde pon takpe..humaira sonok beriba ngn mama..




petua mandikan baby

masa mandikan baby mesti riso kalo air masuk dalam telinga baby..so petua dari mak,masa jiruskan air ke kepala baby,tutup lubang telinga dengan jari ibu/atok/wan/nekwan yg mandikan baby.


selamat mencuba


masa ni humaira 5 bulan.da boleh bersandar macam orang kaya

posisi tido bayi

2 malam lepas mama tidokan humaira di tepi sebelah kiri.automatik humaira mengiring ke kanan mengadap mama..rase tak selesa mama alihkan humaira di tengah antara mama dan papa.so humaira berada di sebelah kanan mama.dengan tak di sangka humaira alihkan badan mengiring ke kiri mengadap mama...

mama bagitau papa,papa cakap itulah kuasa ibu.dalam tido pon humaira masih boleh 'nampak' mama kan..
mama nak test humaira,so mama tukar semula posisi mula2 tadi,humaira di kiri mama...terkedu mama,humaira mengiring ke kanan mengadap mama..

baby,mama love humaira sangat-sangat.

humaira 4 bulan

14 July 2011

mana mama?

humaira skang pantang hilang mama..mesti menjerit..papa ade depan pon jerit nak mama jugak..
bila dapat mama dia punye gelak "dahaga tu yang mama paling suka.kalo tgk mama kaco gulai kat dapor tersengih-sengih..macam la mama masak tuk humaira,,,

melting macam amam makan cadbury 






Peraduan Dunia Susu Ibu 2011









kategori 2. Bersalin secara caesarean


Tarikh Lahir Anak :18 disember 2010




saya bersalinkan humaira pada minggu ke-37.masalah ovarian cyst yang semakin membesar dan kononnyer untuk mengelakkan bersalin secara c-zer jadi doktor cadangkan saya di induce. TAPI menahan sakit 4 hari 3 malam huhuhu.detik pertama penyusuan dalam ot room..alhamdullilah hosp.tuanku jaafar seremban(htjs) adalah hospital rakan bayi.Tanpa di diberitahu,humaira di sua hisapan perkenalan selepas siap-siap di bersihkan...saya bersalin subuh , siang saya tidur di sebabkan mamai bius ade lagi..rasanya kalau tiada sokongan dan dorongan keluarga serta suami, memang akan gagal .bukan senang mahu menyusu dalam keadaan perut sakit selepas ditoreh..berdenyut-berdenyut...katil bergegar sikit pun mengaduh sakit...suami pegang nak picit pun kena marah..memang sangat sakit.siapa  cakap bersalin czer itu tak sakit.saya di belah secara menegak(biasenyer bagi yang tidak ade masalah doktor akan belah secara melintang) memang keadaan lagi susah.nak angkat badan memang tak boleh. takut luka pembedahan terbuka(rasanya ini cuma mainan perasaan).sokongan dari keluarga memang amat-amat di perlukan.kalau tiada sokongan memang saya tak yakin saya mampu menyusukan humaira.



humaira sebulan..

masalah @ cabaran bila humaira di sahkan G6PD dificiency.humaira terpaksa di tahan di wad SCN selama 5 hari @lebih.masa ni betul-betul emosi dan kesabaran teruji..stress yang amat sebab rindukan humaira, stress bila fikirkan humaira di beri susu formula,stress dengar bunyi baby lain menangis saya menangis sama. sedih teringatkan  masa nurse ambil humaira untuk di hantar ke wad SCN. humaira sedang asyik menikmati titisan kolustrum.bila di tarik je dari cik "b" saya ,terus humaira menangis dan menangis sehingga ke pintu wad.bayangkan sepanjang hari saye terdengar-dengar suara humaira menangis.


buah dada saye membengkak,cuba-cuba pam susu menggunakan spectra3 yang dipinjam dari kaklong,susu tak mahu keluar.nak berjalan pergi menyusukan humaira saya memang tak kuat lagi.tambah merungsingkan lagi doktor sahkan humaira  jaundis.saya tahu cara nak hilangkan jaundis anak perlu menyusu sekerap mungkin.saya bertambah stress sebab saya cuma direct bf anak sekali sehari. saya memang tak berdaya nak ulang alik wad bersalin di tingkat 1 ke wad SCN di tingkat 6.kaklong saya kebetulan masih menyusukan anak ,menawarkan diri menjadi ibu susuan humaira.alhamdullilah sebab saya memang tak nak humaira minum susu formula..selepas di beri kebenaran pulang ke rumah baru saya berjaya memerah susu untuk anak.(puas merayu dengan doctor nak balik rumah,doktor masih nak tahan saya di wad sebab saya ade darah tinggi ye!)

semasa meyusu humaira saya gunakan cara football hold dan cradle hold..dan setiap kali menyusu saya mesti meminta pertolongan dari kaklong , emak dan suami untuk membantu mengangkat humaira supaya mudah di susukan.tekanan yang berat boleh menyebabkan kesakitan pada luka pembedahan.dan selepas 2 minggu bersalin baru saya mampu menyusu secara lying downsehingga ke hari ini humaira masih menyusu dengan susu saya sendiri.tapi skang saya bermadu dengan solid food sebab humaira dah lebih 6 bulan!!!



sumber 


pada pendapat saya yang paling penting adalah sokongan dari keluarga dan suami untuk menjayakan penyusuan bagi yang bersalin secara pembedahan.walaupun saya berazam sejak awal kehamilan untuk menyusukan anak dengan susu badan .tapi tanpa bantuan dari kaklong,emak serta suami memang saya dah sumbat humaira dengan susu formula.sakit di balas nikmat menyusukan sendiri humaira....memang terasa kuat 'hubungan' tuh..bagi mommies yang berkerjaya,pergi kerja selepas subuh,balik matahari dah tenggelam , dengan cara ni lah dapat mendekatkan lagi hubungan dengan anak...kuatkan semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu!!!

terangkat-angkat kaki humaira ..sedap sangat minum susu



08 July 2011

[Moment with Cloth Diapers Contest]





Syarat-syarat penyertaan:

#1- Terbuka kepada semua mommies yang pakaikan baby dengan Cloth Diapers.
#2-Terlebih dahulu sila follow blog DnazzShoppe dan InDnazzShoes.
#3-Buat satu entry bertajuk "Moment with Cloth Diapers Contest".
#4- Copy gambar banner contest di atas & pastekan di dalam entry anda.
#5-Letakkan sekeping gambar baby anda berCD dan bagi sedikit info tentang baby anda seperti nama & umur baby (tiada had untuk umur baby asalkan masih berCD :p )
#6- Tag sesiapa sahaja rakan blogger anda berCd seperti anda.
#7-Sila tinggalkan url entry anda di ruangan komen.

Tarikh tutup penyertaan: 31 July 2011 jam 12.00 tengah malam

Hadiah-hadiahnya ialah:

Tempat pertama- CD dari DnazzShoppe
Tempat ke2-CD dari DnazzShoppe
Tempat ke 3-Juga Cd dari DnazzShoppe


comel tak cd carrot humaira..masa ni humaira kat wetworld...mama buangkan insert tinggalkan cd je...lagi cantik swimsuit humaira kan....humaira love sangat cd carrot ni sebab humaira suka makan carrot.pastu mama cakap pakai cd ni dapat selamatkan bumi kita dari pencemaran sampah..yeaay!!kecik-kecik lagi humaira dah jadi superhero opss heroin....

nama baby: an'nur humaira muhammad amin
umur baby : 6 month


tagg to kaklong







The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY

THE BALBABY CONTEST

6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (http://herlifetreasure.blogspot.com/2011/07/simple-est-contest-ever-baby-bald.html) as a record of your paticipant.



no hair make me stress mama!

an'nur humaira muhammad amin





Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)


Hadiah:

Mothercare Sleepsuits - 3 packs