14 July 2011

mana mama?

humaira skang pantang hilang mama..mesti menjerit..papa ade depan pon jerit nak mama jugak..
bila dapat mama dia punye gelak "dahaga tu yang mama paling suka.kalo tgk mama kaco gulai kat dapor tersengih-sengih..macam la mama masak tuk humaira,,,

melting macam amam makan cadbury 






Peraduan Dunia Susu Ibu 2011









kategori 2. Bersalin secara caesarean


Tarikh Lahir Anak :18 disember 2010




saya bersalinkan humaira pada minggu ke-37.masalah ovarian cyst yang semakin membesar dan kononnyer untuk mengelakkan bersalin secara c-zer jadi doktor cadangkan saya di induce. TAPI menahan sakit 4 hari 3 malam huhuhu.detik pertama penyusuan dalam ot room..alhamdullilah hosp.tuanku jaafar seremban(htjs) adalah hospital rakan bayi.Tanpa di diberitahu,humaira di sua hisapan perkenalan selepas siap-siap di bersihkan...saya bersalin subuh , siang saya tidur di sebabkan mamai bius ade lagi..rasanya kalau tiada sokongan dan dorongan keluarga serta suami, memang akan gagal .bukan senang mahu menyusu dalam keadaan perut sakit selepas ditoreh..berdenyut-berdenyut...katil bergegar sikit pun mengaduh sakit...suami pegang nak picit pun kena marah..memang sangat sakit.siapa  cakap bersalin czer itu tak sakit.saya di belah secara menegak(biasenyer bagi yang tidak ade masalah doktor akan belah secara melintang) memang keadaan lagi susah.nak angkat badan memang tak boleh. takut luka pembedahan terbuka(rasanya ini cuma mainan perasaan).sokongan dari keluarga memang amat-amat di perlukan.kalau tiada sokongan memang saya tak yakin saya mampu menyusukan humaira.



humaira sebulan..

masalah @ cabaran bila humaira di sahkan G6PD dificiency.humaira terpaksa di tahan di wad SCN selama 5 hari @lebih.masa ni betul-betul emosi dan kesabaran teruji..stress yang amat sebab rindukan humaira, stress bila fikirkan humaira di beri susu formula,stress dengar bunyi baby lain menangis saya menangis sama. sedih teringatkan  masa nurse ambil humaira untuk di hantar ke wad SCN. humaira sedang asyik menikmati titisan kolustrum.bila di tarik je dari cik "b" saya ,terus humaira menangis dan menangis sehingga ke pintu wad.bayangkan sepanjang hari saye terdengar-dengar suara humaira menangis.


buah dada saye membengkak,cuba-cuba pam susu menggunakan spectra3 yang dipinjam dari kaklong,susu tak mahu keluar.nak berjalan pergi menyusukan humaira saya memang tak kuat lagi.tambah merungsingkan lagi doktor sahkan humaira  jaundis.saya tahu cara nak hilangkan jaundis anak perlu menyusu sekerap mungkin.saya bertambah stress sebab saya cuma direct bf anak sekali sehari. saya memang tak berdaya nak ulang alik wad bersalin di tingkat 1 ke wad SCN di tingkat 6.kaklong saya kebetulan masih menyusukan anak ,menawarkan diri menjadi ibu susuan humaira.alhamdullilah sebab saya memang tak nak humaira minum susu formula..selepas di beri kebenaran pulang ke rumah baru saya berjaya memerah susu untuk anak.(puas merayu dengan doctor nak balik rumah,doktor masih nak tahan saya di wad sebab saya ade darah tinggi ye!)

semasa meyusu humaira saya gunakan cara football hold dan cradle hold..dan setiap kali menyusu saya mesti meminta pertolongan dari kaklong , emak dan suami untuk membantu mengangkat humaira supaya mudah di susukan.tekanan yang berat boleh menyebabkan kesakitan pada luka pembedahan.dan selepas 2 minggu bersalin baru saya mampu menyusu secara lying down . sehingga ke hari ini humaira masih menyusu dengan susu saya sendiri.tapi skang saya bermadu dengan solid food sebab humaira dah lebih 6 bulan!!!



sumber 


pada pendapat saya yang paling penting adalah sokongan dari keluarga dan suami untuk menjayakan penyusuan bagi yang bersalin secara pembedahan.walaupun saya berazam sejak awal kehamilan untuk menyusukan anak dengan susu badan .tapi tanpa bantuan dari kaklong,emak serta suami memang saya dah sumbat humaira dengan susu formula.sakit di balas nikmat menyusukan sendiri humaira....memang terasa kuat 'hubungan' tuh..bagi mommies yang berkerjaya,pergi kerja selepas subuh,balik matahari dah tenggelam , dengan cara ni lah dapat mendekatkan lagi hubungan dengan anak...kuatkan semangat untuk menyusukan anak dengan susu ibu!!!

terangkat-angkat kaki humaira ..sedap sangat minum susu



08 July 2011

[Moment with Cloth Diapers Contest]





Syarat-syarat penyertaan:

#1- Terbuka kepada semua mommies yang pakaikan baby dengan Cloth Diapers.
#2-Terlebih dahulu sila follow blog DnazzShoppe dan InDnazzShoes.
#3-Buat satu entry bertajuk "Moment with Cloth Diapers Contest".
#4- Copy gambar banner contest di atas & pastekan di dalam entry anda.
#5-Letakkan sekeping gambar baby anda berCD dan bagi sedikit info tentang baby anda seperti nama & umur baby (tiada had untuk umur baby asalkan masih berCD :p )
#6- Tag sesiapa sahaja rakan blogger anda berCd seperti anda.
#7-Sila tinggalkan url entry anda di ruangan komen.

Tarikh tutup penyertaan: 31 July 2011 jam 12.00 tengah malam

Hadiah-hadiahnya ialah:

Tempat pertama- CD dari DnazzShoppe
Tempat ke2-CD dari DnazzShoppe
Tempat ke 3-Juga Cd dari DnazzShoppe


comel tak cd carrot humaira..masa ni humaira kat wetworld...mama buangkan insert tinggalkan cd je...lagi cantik swimsuit humaira kan....humaira love sangat cd carrot ni sebab humaira suka makan carrot.pastu mama cakap pakai cd ni dapat selamatkan bumi kita dari pencemaran sampah..yeaay!!kecik-kecik lagi humaira dah jadi superhero opss heroin....

nama baby: an'nur humaira muhammad amin
umur baby : 6 month


tagg to kaklong







The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY

THE BALD BABY CONTEST

6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (http://herlifetreasure.blogspot.com/2011/07/simple-est-contest-ever-baby-bald.html) as a record of your paticipant.



no hair make me stress mama!

an'nur humaira muhammad amin





Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)


Hadiah:

Mothercare Sleepsuits - 3 packs

info kalori

ASIK BAJU ITAM JE,,,
sangat bagus info pasal kalori ni...esp for those yang nak berdiet secara sihat..jumlah kalori bg wanita dewasa 1600-2000 kal/day..bagi lelaki 2000 – 2500 kcal/day..


tapi aku rase tu jumlah yang aktif..kalo tak aktif am aju ni cukup la 1500 kal sehari.. lets count our calories..


nasi ( 1 mangkuk kecik - mangkuk sup cina) = 207 kalories
roti canai kosong = ½ mangkuk kecik dhal = 359 kal
roti telor = dhal = 414 kal
sandwich sardin 1 keping = 71 kal
capati dan dhal = 166 kal
karipap ( 2 biji) = 256 kal
murtabak kambing = 722 kal (atau persamaan dgn 3½ mangkuk nasi)
roti putih (1 keping) = 75 kal
mi goreng mamak = 660 kal (3 mangkuk nasi)
mi rebus mamak/melayu = 556 kal
mi goreng = 510 kal
mi kari = 589 kal
nasi lemak biasa (sambal, telor, bilis) = 644 kal
laksa penang = 436 kal
mi sup = 381 kal
kway teow goreng kerang = 734 kal
butter/marjerin/mayonaise (1 sudu kecik) = 45 kal
kaya (1 sudu kecik) = 39 kal
buah2an (apple/tembikai/betik/pisang/durian - dri sepotong hingga dua ulas) = antara 31 hingga 67 kal
oatmeal ngan susu = 356 kal
telor rebus (keras) 1 biji = 76 kal
cucur udang ( 1 keping) = 144 kal
vadai (1 keping) = 194
char kway  atau chakoi (1)  = 292
doughnut (1) = 268
goreng pisang (1) = 129
apam balik ( 1 potong) = 282
popia basah (1) = 91
nasi briani kambing = 587
nasi minyak + rendang = 664
bubur ayam = 348
ikan kembong goreng (1 ekor) = 219
ikan bawal/siakap kukus = 65 
sotong deep fried (1 pinggan kecik) = 630
satay ayam (10 cucuk) = 365
kuah satay (½ mangkuk) = 129
kari kambing ( 2 keping kecik) = 287
rendang ( 2 keping kecik) = 288
sayur lemak ( 1 pinggan kecik) = 140
soup berkerim ( a mangkuk kecik) = 375
sup sayur (dengan daging/udang) = 200
telor goreng (1 biji) = 128
burger (1 biji regular) 317
cheese burger ( 1 biji) = 341
burger extra beef = 438
hot dog = 225
apple pie = 260
sundae choclate = 380
pizza (beef/pepperoni) (1 slice) = 155
pizza (beef/chicken/onion) (1 slice) = 242
pizza (chicken/pineapple) = 268
spaghetti+meat sauce+cheese ( 1 pinggan kecik) = 444
ayam goreng ( 1 potong) = 290
kepak ayam goreng = 166
drumstick ayam = 320
mashed potato ( 1 mangkuk regular) = 87
coleslaw ( 1 mangkuk kecik) = 62
french fries ( 1 mangkuk kecik) = 290
sandwich ayam + salad = 481
pasembor ( 1 pinggan) = 752
cendol ( 1 mangkuk) = 199
low fat yoghurt ( 1 cup 150g) = 100
ice cream (2 scoops) = 305
chinese tea = 0
air buah (bergula) (1 gelas) = 120
air kelapa ( 1 biji) = 110
sirap bandung = 150
milo = 133
kopi O/teh O (1 sudu kecik gula) = 20
teh tarik * 1gelas) 83
nasi ayam = 600 
nasi goreng = 637
claypot chicken rice = 898
rojak buah = 443


not:sumber dari  http://www.dapurkakjee.com/2011/06/cara-mengira-kalori-jangan-pengsan-baca.html

24 June 2011

wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest

***sticky post..n3 baru scroll down







ini first GA yg mama nak join..ala cube-cube nasib.dapat saguhati pon ok..sakit dada mama masa ni,cari-cari humaira takde kat ruang tamu..tgk gril kunci,selak punye selak rupenya ada kat balik langsir sliding.ooo..rupenya nak main nyorok-nyorok anak mama ni....mam sakit dada,humaira tergelak riang...sabo je la anak.sesape nak join contest ni cepat klik banner kat atas tu..tarikh tutup 24/6/11


Nama Baby : an'nur humaira bt muhammad amin
Tarikh Lahir : 18 dis 2010
Tahun gambar diambil : 2011
Nama Ibu : nor haslina bt muhamad noor

mummycare liza @ http://juallampinmoden.blogspot.com

ok.saye jual cloth diape(CD)..eh kaklong saye yang jual sy tumpang2 jual...stat dari preggy memang niat nak fully cd sbb utama penjimatan, no chemical dan save environment..beli ngn kaklong skit2 sampai la aku bersalin...skang koleksi aku 30 tambah tolak yg dah kecik..cd yang plg mahal stakat ni yang aku ade brand bamboolite ai2.

serius aku tak payah pikir pasal nak beli dd lg.kepala senang tak sakit..pakai cd ni ibarat kt pakai kan baju baby hari.mesti basuhkan..tp di sebabkan dah ade banyak stok n mencukupi utk rolling saya basuh cd ni setiap 2/3 hari sekali...jimat letrik,jimat sabun,jimat air sebab xperlu basuh hari(itu kalo stok dah banyak)..aku suka pakaikan cd sebab aku tak payah pikir nak pakaikan anak aku seluar/sentot..sebab cd2 tu dah cantik berkaler-kaler.pendek kata sesapa mau cd tapi rase cd tu mahal jom join kutu dengan saye....@ kaklong saye add mummycare liza di facebook..dan sebarang pertanyaan akan di jawab pantas..tapi pm/sms la

humaira 5bulan mandimanda di wetworld shahalam..cd carrot tanpa insert......comelkan